Posts

Showing posts from May, 2015

Hakikat Bahagia -UNIC-

Image
Antara favourite songs, lyric by Ustaz Muhamad Pahrol Juoi. Hakikatnya bahagia itu adalah ketenangan, Bila hati mengingati Tuhan. Part paling, tersentuh, Paling deep. Uhuk

Heavenly heaven!

Image
Hem.... have no idea yet... still menelaah. How to perform betta..(better) Ihik.

KuasaMu

Image
Bismillahirrahmanirrahim. Selamat pagi dan salam waktu dhuha. Salam sejahtera buat pembaca yang membaca, moga Allah sentiasa merahmati hidup anda, dilimpahi nikmat iman baik dalam waktu ujian atau kenikmatan. Antara kebiasaan seorang mukmin ialah berpagi-pagian.  Itu adalah budaya seorang mukmin.  Mungkin bagi kita yang belum biasa, kita boleh berlatih sedikit demi sedikit di samping memohon kepada Allah dikurniakan kekuatan dan iltizam untuk sentiasa berpagi-pagian. Atau mungkin juga bagi yang bujang mengambil langkah menamatkan zaman bujang untuk berpagi-pagian?  Sebab, kalau si isteri perlu bangun awal pagi, sediakan sarapan untuk keluarga, uruskan pengurusan rumah sebelum pergi menjalankan amanah kerja (kalau bekerja).  Dan si suami perlu bangun awal, kejut isteri solat subuh berjemaah, mendoakan keluarga agar dilimpahi rahmat, dimurahkan rezeki?(pastu bantu ler cikit isteri buang sampah ke, jemur kain ke, ihihih.)  ...

Tunjang Keluarga

Image
Gambar ini diperoleh daripada laman sosial Facebook. Anak abah. Selalu orang cakap anak perempuan sulung selalu jadi anak abah, atau anak bongsu. Sebenarnya semua anak abah dan ibu. Hehe. Ibu ada kelebihannya dalam jiwa anak-anak. Ayah pun begitu.  Cumanya, kekuatan ayah itu sedikit bezanya berbanding ibu.  Ayah, keluhannya jarang di dengar.  Dia akan diam bila ada permintaan anak-anak atau isteri yang cuba dicapainya walaupun dia tak mampu pada waktu itu. Kebahagiaan keluarga terletak pada bahu ayah itu bagaimana dia melayani isteri di hadapan atau dibelakang anak-anak. Kerana, isteri itu hati anak-anaknya. Andai rosak hati itu, rosak jugak hati anak-anaknya. Andai remuk hati itu, remuk juga hati anak-anaknya. Andai ayah dibenci ibu, anak-anak juga mendapat kesan untuk membenci ayahnya. Kecerdikan lelaki dalam kebijaksaan membuat keputusan itu lebih rasional berbanding perempuan biarpun kualiti nilai baik hati itu ada beza ketinggian ant...

Kemunculan dan peace!

Image
Bismillahhirrahmanirrahim. Hem, masih memikirkan sumber rujukan yang ingin dilakukan kepada topik-topik yang masih menjadi draft dalam blog ini. Huhu. Jadi, ambil semangat sikit. Sebenarnya kerja masih bertimbun lagi. Hihi.  Kajian mengenai sejarah teknologi ilmuan Islam baik dari segi penerbangan, keusahawanan, seni, muzik, matematiknya dan falsasah serta pelbagai lagi sememangnya membangkitkan semangat nak siapkan kerja.  Ambil semangat dari kesungguhan mereka dahulu.  Maka, dengan itu. Huhu. Nak menulis kejap dekat blog secara santai. Langkah pertama untuk raih 'rating' nanti bagi blog ini ialah, memberitahu secara mulut ke mulut dahulu dalam kalangan kumpulan usrah pertamanya.  (Okey, dah bagitahu!)  Kenapa tanya mereka dahulu?  Sebab...huhu, sebab dalam blog ini saya nak sampaikan ilmu. Dan dalam masa yang sama juga, menulis juga adalah minat saya juga. Hehee. Jadi ada baiknya saya ada musyawarah sikit dan menerima pandan...