Posts

Showing posts from April, 2015

Kesantaian dan merenggut waktu.

Image
Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah di pagi jumaat 1 Mei 2015/ 12 Rejab 1436.  Saya berada di rumah usrah di Tanjung Malim, menuntut ilmu.  Terus menuntut ilmu, biar apa pun yang sedang dilakukan.  Waktu yang ada inilah sajalah yang mampu untuk mencatat sedikit penulisan dan mencari idea-idea, rujukan dan juga ilmu yang mungkin berguna untuk diri sendiri dan juga orang lain mungkin.  Dan di waktu inilah jua kesempatan untuk merapatkan silaturrahim akhawat di Tanjung Malim.  Agak santai, namun tetap merenggut waktu.  Di dalam blog, sebagai blogger, penulisan saya agak formal.  (Boleh je nak buat giler-giler sikit, hihi) Tapi.. Bila fikir-fikir balik, apa yang kita tulis terutamanya di blog atau apa-apa sajalah yang mampu ditulis dan kemudian dibaca oleh pembaca. Pasti akan ada kesan terhadap pembacanya. Jadi, baik saya tulis yang mampu membawa kebaikan. Kadang tu bila baca buku yang berkaitan dengan apa yang saya...

OKB, Orang Kaya Bertakwa.

Image
Petikan-petikan yang mampu membina semangat tatkira apa profesion pekerjaan!  PAHALA DALAM TIDUR .... Kamu tahu apakah caranya kita boleh mendapat pahala dalam tidur? Ya... kamu tidur...tapi buku-buku kamu tidak tidur. Kalaupun kamu sedang tidur tetapi ada orang lain yang tidak tidur dan membaca buku-buku tulisan kamu... lalu dia  mendapat manfaat... maka kamu pun akan mendapat pahala juga... atau pun kamu tidur...tapi kaset atau CD ceramah kamu dimainkan dan didengar orang...mereka akan dapat ilmu yang manfaat...sudah pasti kamu juga akan mendapat pahala.." Pak Kiai memberikan penerangan begitu jelas.  JIHAD EKONOMI  "Semangat jihad yang membara itu seharusnya disalurkan ke dalam perniagaan atau perindustrian. Jadikannya sebagai jihad ekonomi. Jangan letupkan pasar raya dengan bom tetapi letupkan dengan produk keluaran kita yang laris. Seharusnya kita menyumbang ke arah kemakmuran dunia... bukan mencetus kekacauan dan huru hara. " ISLAM SEBAGAI IKUTA...

Siti Nurhaliza - Mula Dan Akhir (Lyrics & Official Music)

Image
Bersabar dan Sujud PadaNya Sebelum Dihitung Sebelum Dihukum.

Persepsi adalah Mindset Oleh Ustazah Fatimah Syarha.

Image
Allah SWT sentiasa memberi pilihan kepada hambaNya. Dan Dia juga mengilhamkan kebaikan dan keburukan untuk hambaNya memilih.

Kapsul-kapsul "Motivasi Bisnes" Daripada Rasululllah SAW

Image
"Barangsiapa yang di waktu petangnya merasakan keletihan kerana bekerja, berkarya dengan tangannya sendiri, maka di waktu petang itulah dosanya diampun" HR Tharbani dan Baihaqi. "Barangsiapa yang menjadikan dunia ini sebagai satu-satunya tujuan akhir(yang utama), nescaya Allah akan menyibukkan dia dengan (urusan dunia itu) dan Allah akan membuatnya miskin seketika dan tercatit (ditakdirkan) merana di dunia ini. Tetapi barangsiapa yang menjadikan akhirat sebagai tujuan akhirnya, Allah akan mengumpulkan teman-teman untuknya dan Allah akan membuat hatinya kaya dan dunia akan takluk dan menyerah padanya" HR Ibn Majah dan Tarmidzi Dari Abu Hurairah RA Nabi SAW bersabda:  "Berdua lebih baik daripada sendiri. Bertiga lebih baik daripada berdua. Berempat lebih baik daripada bertiga. Hendaklah kamu sekalian berjemaah kerana sesungguhnya tangan Allah bersama dengan jemaah." HR Ibn 'Asakir. Dari Anas bin Malik, Nabi SAW bersabda :  ...

It is that...so easy?

Image

Hi again!

Image
Kepenatan yg membawa pelbagai rasa. :) *puas hati *muhasabah diri *kekuatan *merendah diri *tolak ansur *dan juga pengorbanan.

Idea dan masa

Image
Bismillahirrahmanirrahim.. idea dan masa. Idea memang memerlukan masa.  Allah kurniakan masa buat manusia untuk memimpin.  Memimpin bumi yang Allah amanahkan. Terlalu banyak rahsia Allah atau lebih mudah, ilmu Allah yang tersangat luas untuk pemikiran manusia yang dengkel lagi kecil.  Kadang kita sebagai manusia terlalu bermegah untuk sesuatu yang menjadi kebanggaan, tapi kita terlupa kejadian kita sama macam haiwan juga, cuma kerana kita manusia.  Ya, kerana kita manusia.  Manusia berbeza dengan haiwan kerana Allah memberikan pelbagai keistimewaan sesuai dengan peranannya sebagai pemimpin di muka bumi yang bersifat fana ini.  Manusia diberikan keistimewaan oleh Allah dalam banyak aspek termasuklah penurunan wahyuNya kepada para nabi dan rasulNya agar kehidupan manusia sentiasa bertamadun dan bersesuaian dengan fitrah yang Allah tanamkan untuk manusia iaitu lebih baik dari haiwan. Maka, idea yang terhasil daripada pemikira...

Bunga Citra Lestari - Kecewa - Music Everywhere

Image
Hanyalah esprestasi perasaan.

Awning

Image
Sebenarnya, kualiti sesuatu produk memberi pulangan margin yang lebih tinggi walaupun bahan mentahnya ada purata. Jadi jaga kualiti :) Awning yang saya pakai ini memang memberi kesan untuk bentuk wajah agar kelihatan lebih baik.

Yuna - I Wanna Go Lyrics

Image

Welcome

Image
Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum, hi. Nama penuh saya Ummi Adibah. Tapi nama komersial saya ialah Adeeba Hanifah. Tujuan saya menulis di dalam blog, adalah sebab saya suka menulis. :) Simple. Saya memang suka menulis, melukis, membaca, muzik, sains dan sejarah. Erm. Matematik pula saya sedang belajar untuk meminatinya. Bukannya apa, saya nak menggunakan kebolehan kedua-dua belah otak yang Allah bagi ini supaya berfaedah kepada masyarakat kelak. Jadi, kenapa pilih blog untuk menulis? Sebab lagi menarik untuk menulis. Lebih 'low profile'. Tak terasa nak raih LIKE macam di facebook tu banyak tu. hihi. Hem, rasanya sebab itulah faktor utama tutup semua akaun facebook dan buka blog. :) Okey. Sampai di sini dahulu sambung kerja dan selamat beramal. Okey, saya bersama adik perempuan saya semasa hari pertunangan beliau. Beliau bertunang dan bernikah lebih awal dari saya :) 

Yuna - Langit #Flyinghigh (Lyric)

Image