KuasaMu
Bismillahirrahmanirrahim.
Selamat pagi dan salam waktu dhuha.
Salam sejahtera buat pembaca yang membaca, moga Allah sentiasa merahmati hidup anda, dilimpahi nikmat iman baik dalam waktu ujian atau kenikmatan.
Antara kebiasaan seorang mukmin ialah berpagi-pagian.
Itu adalah budaya seorang mukmin.
Mungkin bagi kita yang belum biasa, kita boleh berlatih sedikit demi sedikit di samping memohon kepada Allah dikurniakan kekuatan dan iltizam untuk sentiasa berpagi-pagian.
Atau mungkin juga bagi yang bujang mengambil langkah menamatkan zaman bujang untuk berpagi-pagian?
Sebab, kalau si isteri perlu bangun awal pagi, sediakan sarapan untuk keluarga, uruskan pengurusan rumah sebelum pergi menjalankan amanah kerja (kalau bekerja).
Dan si suami perlu bangun awal, kejut isteri solat subuh berjemaah, mendoakan keluarga agar dilimpahi rahmat, dimurahkan rezeki?(pastu bantu ler cikit isteri buang sampah ke, jemur kain ke, ihihih.)
Langkah di atas bernas juga, walaupun hakikatnya ramai pasangan muda yang berkahwin adakalanya masih terbawa-bawa sikap bujang mereka dahulu.
Tak mengapa... kehidupan ini pembelajaran kan? Jadi, jangan berhenti belajar tentang kehidupan walaupun penah buat silap.
Namun.
Adalah buruk bila mana, seorang perempuan yang sudah bergelar isteri masih lagi terbawa sifat zaman bujangnya, andainya zaman bujangnya itu tidak berapa bagus, sebagai contoh :
Tidak belajar keterbukaan dalam menghadapi kehidupan baru. Keterbukaan ini ialah bermaksud sejauh mana kita mampu untuk melakukan perubahan hidup sejauh atau hampir 360'.
>>Terbuka untuk buang sifat malas<<
Bahasa utara sebut "baloq".
Sifat baloq ini, nenek saya pesan "hang pi mana pun semua orang meluat dekat hang".
Jadi, baik lelaki mahupun perempuan, kalau sudah terasa seperti baloq tu baik dah berkahwin ke belum, ada baiknya belajar-belajar untuk tidak jadi baloq.
Kalau perempuan yang baloq tu selalunya dari segi pengurusan rumah tangga lah jelasnya.
Bercantik 'tip-top', bercakap bab dakwah 'tip-top', bab mengarah pun 'tip-top' (hehe).
Tapi, kalau boleh bertapa atas katil satu hari, sampai apa pun tak nak buat, dan perlu diminta pertolongannya untuk..kemas rumah??
Oh..itu sudah tentu ada kepelikan! Hehe.
Perempuan itu penyeri hidup anak dan suami.
Berat peranan kita ya.
Mungkin kita tak sesempurna mana, tapi sekurangnya kita dah cuba memberi yang terbaik untuk kehidupan kita dan mereka yang kita sayangi.
Kalau yang belum berkahwin, berlatihlah.. in Sya Allah!
Pasti ada kebaikan dan kecantikan yang kita dapat hasil usaha murni kita itu.
Allah itu Maha Pemurah, Penyayang dan Maha Teliti atas setiap usaha hambaNya.
(Pastu tangkap gambar selfi tengah rajin kemas rumah, post di laman sesawang, ohohok, hilang pahala!)
Pernyataan di atas hanyalah bagi mereka yang memiliki zaman bujang yang mungkin malasnya melebihi sedikit dari tahap biasa. Hihi.
Kalau bagus zaman bujangnya tak mengapa, itu lebih baik dan teruskan. Semoga ia mampu membahagiakan orang yang kita sayangi (keluarga kita).
Dan sememangnya pra syarat untuk bahagia itu ialah, memberi kebahagiaan terlebih dahulu sebelum memperolehnya.
Itu formula yang selalu diguna pakai oleh mereka yang bahagia akhlaknya dan jiwanya (in Sya Allah) atau bagi mereka yang memang mencari bahagia untuk kehidupan.-Prof. Muhaya.
Dan ramai juga yang suka merungut, "suami aku ni, sekian-sekian...", "hidup aku ni memang macam ni dah..", "ni semua salah mak ayah aku, tak didik aku dengan agama masa kecil-kecil dulu".
Pernyataan di atas boleh diubah menjadi begini..
" ada hikmah aku dapat semua ini"
"aku belum tahu lagi baik buruk masa hadapanku, jadi dengan ujian macam ini memberi pelajaran untuk aku membuat sesuatu yang lebih baik dan bermanfaat"
"mungkin yang aku nampak buruk itu hanyalah daripada pandangan yang aku sempit, sesungguhnya pasti ada kebaikan yang Allah nak aku faham, dan aku sedar, mana silapnya diri sendiri"
KuasaMu oleh Bunga Citra Lestari.
(bukanlah nak promot artis sebenarnya, kita ambil yang baik ya :) )
Berkenaan kuasaMu.
Maksud saya, kedalaman kata-katanya beserta intonasi muzik pada anggapan saya menarik, berjaya menjadi halwa telinga yang sedap didengar dengan kata-kata merendah diri kepada Rabb.
Penyanyi nasyid kita mampukah hasilkan karya nasyid yang suaranya memenuhi nada lagu, dan irama yang..hem sukar untuk saya 'explain' sebab saya bukanlah arif tentang pengajian muzik. Tapi tak salah belajar kan?
Sekali lagi, saya yang mengutarakan ini bukanlah orang bijak pandai dalam perihal muzik, tetapi saya peminat setia muzik.
Sekali lagi, saya yang mengutarakan ini bukanlah orang bijak pandai dalam perihal muzik, tetapi saya peminat setia muzik.
Saya layan semua muzik, baik dari rock, indie.
Heavy metal tu..erm, certain songs yang saya amati kata-katanya sahaja.
Techno music, balada, jazz. Ahah, memang saya layan..
Satu sebabnya, saya suka menghayati irama muzik dan liriknya.
Maksudnya, saya mengkaji. Kadang perlu diterangkan untuk mengelakkan salah tafsir. :)
Penting bagi kita nak tahu nilai kualiti muzik yang terhasil di samping kata-kata yang sangat baik untuk penjagaan rohani. Kenapa penting?
Sebab kita kena sedar bahawa pada masa sekarang dunia muzik dikuasai oleh mereka yang memegang prinsip kapitalisme.
Dalam prinsip ini, apa pun yang menguntungkan dihalalkan semua caranya.
Justeru, perkara ini sememangnya berlaku dalam dunia seni muzik.
Jadi, adalah penting bagi pengkarya muzik Islam untuk tidak jadi lagi stereotaip dalam penghasilan karya muzik yang memang tujuan asalnya untuk kebaikan, bukan semata-mata luahan emosi sahaja. Muzik itu memang luahan emosi, tapi luahan emosi yang stabil.
Pengkarya muzik kita yang hebat pula, masih banyak lagi yang berpegang kepada konsep liberalisme.
Tak mengapa, saya yang tak berapa pandai dalam perihal ini, mendoakan sesuatu agar umat Islam kembali mengkaji bahawa generasi tamadun Islam kita dahulu betapa banyak ahli muzik yang bertaqwa, malah ilmuan-ilmuan termahsyur seperti Al-khindi, Al- Farabi dan banyak lagi. :)
KuasaMu, Bunga Citra Lestari.
Kadang nak buang sifat 'baloq' itu... kata-kata dalam lirik KuasaMu itu sangatlah berguna. Sangat!
Comments
Post a Comment