Kemunculan dan peace!
Bismillahhirrahmanirrahim.
Hem, masih memikirkan sumber rujukan yang ingin dilakukan kepada topik-topik yang masih menjadi draft dalam blog ini. Huhu.
Jadi, ambil semangat sikit. Sebenarnya kerja masih bertimbun lagi. Hihi.
Kajian mengenai sejarah teknologi ilmuan Islam baik dari segi penerbangan, keusahawanan, seni, muzik, matematiknya dan falsasah serta pelbagai lagi sememangnya membangkitkan semangat nak siapkan kerja.
Ambil semangat dari kesungguhan mereka dahulu.
Maka, dengan itu. Huhu.
Nak menulis kejap dekat blog secara santai.
Langkah pertama untuk raih 'rating' nanti bagi blog ini ialah, memberitahu secara mulut ke mulut dahulu dalam kalangan kumpulan usrah pertamanya.
(Okey, dah bagitahu!)
Kenapa tanya mereka dahulu?
Sebab...huhu, sebab dalam blog ini saya nak sampaikan ilmu. Dan dalam masa yang sama juga, menulis juga adalah minat saya juga. Hehee.
Jadi ada baiknya saya ada musyawarah sikit dan menerima pandangan ahli-ahli yang sesuai dan in sya Allah, dari masa ke masa lebih baik dengan pandangan ahli-ahli yang kemudiaannya akan semakin baik. In sya Allah!
'Design'.
Ya, design yang sesuai untuk Karyawan Asing!
Yang mewakili personaliti saya dan dalam masa yang sama juga, erm... mesra pembaca! Hee ^^
Dan seterusnya, promosi di Facebook.
Akaun Facebook memang dah 'close' semuanya.
Saya hanya akan membuka kembali satu akaun sahaja.
Facebook Kak Bedah, in sya Allah.
Kemudian, penulisan saya juga haruslah bersifat umum.
Perasaan peribadi? Perasaan amarah? Suka? Jatuh cinta? Bla bla?
Hehee..
Hum.
Saya pun manusia biasa.
Islam itu adalah praktikal.
Praktikal Islam itu macam mana ya?
Praktikal Islam ialah memudahkan segala urusan manusia.
Ya. Mudahkan. Janganlah sampai dilihat, sesusah itukah Islam? Fikir-fikirkan.
Jangan mudah menghukum. Jangan mudah melabel. Peace? ^^
Raikan khilaf.
![]() |
| gambar majalah solusi. klik untuk paparan yang lebih jelas. |
Jangan bergaduh kerana khilaf, nanti umat berpecah.
Apa itu khilaf? Khilaf ialah perbezaan pendapat antara hukum-hukum yang menentukan gaya hidup masyarakat umat Islam amnya.
Kalau nak menulis bab khilaf, memang banyak dan mungkin saya kena rujuk pelbagai lagi pandangan atau pendapat mereka yang lebih ahlinya yang meraikan khilaf. Ingat, jangan bergaduh kerana khilaf.
Saya bukanlah pelajar yang belajar urusan agama.
Tetapi saya sematkan dalam hati, sebagai seorang Islam saya perlu tahu apa ilmu yang ada dalam agama saya sehingga suatu ketika dahulu Islam melahirkan tamadun yang begitu hebat! Mesti penganutnya hebat!
Dan, kembali kepada kemunculan dan peace! seperti tajuk utama saya di atas.
Haah, waktu saya tengah menulis ini, memang saya tengah 'silent' kan penglibatan di laman sesawang yang lain.
Sebab apa?
Sebab yang pertama, saya mencari kekuatan dalaman, ketenangan, hubungi kawan-kawan lama semula dan kawan-kawan usrah.
Tingkatkan prestasi perniagaan.
Betulkan niat menuntut ilmu.
Perbanyakkan kajian, kajian yang saya suka. Ilmuan Islam. Kegemilangan Islam suatu ketika dahulu dan apa helah yang sebenarnya menutupkan semua peninggalan ilmuan suatu ketika dahulu.
Dan sememangnya, saya sedang memantau untuk memahami bahagian ekonomi.
Okey, salam taaruf buat bakal pembaca nanti. Begitu saya mengharapkan lontaran pandangan, perkongsian cerita tentang kehidupan dan sebagainya. Kalau ada perbezaan pendapat, jangan marah-marah. Kita kongsikan perbezaan pendapat kita secara hikmah. Tak mau gaduh-gaduh ya ^^ dan peace!
Salam kebaikan untuk pembaca.
13 Rejab 1436/ 2 Mei 2015/ 3.59 p.m.
Ummi Adibah
(Kak Bedah)
@karyawan asing

Comments
Post a Comment