Tunjang Keluarga

Gambar ini diperoleh daripada laman sosial Facebook.


Anak abah.
Selalu orang cakap anak perempuan sulung selalu jadi anak abah, atau anak bongsu. Sebenarnya semua anak abah dan ibu. Hehe.

Ibu ada kelebihannya dalam jiwa anak-anak. Ayah pun begitu. 
Cumanya, kekuatan ayah itu sedikit bezanya berbanding ibu. 

Ayah, keluhannya jarang di dengar. 
Dia akan diam bila ada permintaan anak-anak atau isteri yang cuba dicapainya walaupun dia tak mampu pada waktu itu.

Kebahagiaan keluarga terletak pada bahu ayah itu bagaimana dia melayani isteri di hadapan atau dibelakang anak-anak.

Kerana, isteri itu hati anak-anaknya. Andai rosak hati itu, rosak jugak hati anak-anaknya. Andai remuk hati itu, remuk juga hati anak-anaknya. Andai ayah dibenci ibu, anak-anak juga mendapat kesan untuk membenci ayahnya.

Kecerdikan lelaki dalam kebijaksaan membuat keputusan itu lebih rasional berbanding perempuan biarpun kualiti nilai baik hati itu ada beza ketinggian antara mereka.

Kekuatan ayah menjadi inspirasi kepada ibu. Menjadi inspirasi pula kepada anak-anak melalui ibu. 
Kerana ibu selalu memuji ayah. 

Isteri,
Engkau ratu.
Ratu suami dan anak-anakmu.
Dalam kekuatan suamimu, dia lemah dipangkuanmu.
Dia lemah dalam kelembutanmu.
Dia lemah dengan kebaikanmu.
Dia lemah dengan senyumanmu.
Dia mencintaimu walaupun 'ko buruk sket'. He.

Doamu senjata buat hatinya.
Jadilah isteri yang suka mendoakan kebaikan suami.
In Sya Allah doa yang ikhlas pasti Allah kabulkan.
Pasti Allah jaga hatinya.
Pasti Allah gerakkan hatinya untuk mendoakanmu dan melayanimu dengan penuh kasih sayang dan kelembutan.
Tunjangnya Allah. Itu saja.
Ikhlaskan hati dalam berdoa.
Dan kunci ikhlas itu mati. 

Salam pagi isnin.
Inspirasi Bukit Broga. 3/5/15. Subuh pagi.

Comments

Popular posts from this blog

Saya Kembali Huhu

Perjuangan Yang Panjang

Tiada Yang Mudah