Saya Kembali Huhu
Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah..lama betul tak menulis. Baru tahu saya ada 'writing addicted'. Ni gara-gara tesis lah! Haha, salahkan tesis pulak ye..
Setahun jugaklah tak menulis..
Setahun jugaklah saya merantau mencari dan membina kekuatan diri. Banyak betul saya lost. Huhu.
Dalam setahun tu jugak, dan tahun-tahun sebelum tu. Tapi yang pasti start tahun lepas, saya bersyukur dengan apa yang telah menimpa saya. :) Walaupun perit untuk diterima dan pahit untuk ditelan. Perkara pertama ialah, apa kebaikan yang saya dapat dan kemudian saya berikan kebaikan tersebut untuk kebaikan orang lain pula. Ya, hidup dengan memberi membuatkan kita lebih bahagia.
Namun yang paling penting ialah saya mendapat pengajaran tentang iman.
Iman.
Jujurnya, saya masih jahil untuk bercakap tentang iman. Tetapi iman lah segala-galanya bagi seorang mukmin. Iman amat penting bagi orang mukmin untuk dia survive dalam kehidupan. Tanpa iman, akhlak kita buruk, hati kita tak tenang dan tanpa iman kita bergerak mengikut nafsu. Apabila manusia mengikut hawa nafsu, boleh jadi kita mungkin menjadi lebih teruk dari haiwan, Tanpa iman juga, jiwa kita tak bahagia mungkin kerana rohani kita tak hidup. Rohani adalah sesuatu yang kita tak nampak seperti perasaan, tetapi dengan adanya rohani hidup kita terasa terisi, jiwa kita terasa tenang. Jiwa kita tak mudah kacau, tak mudah serabut. Begitu.
Dan, yang paling penting. Iman mengajar kita bahawa kita sebenarnya tidak mampu untuk memiliki apa-apa melainkan dengan rahmat Allah sahaja, justeru iman mengajar kita untuk mengamalkan kesederhanaan dalam hidup. Kesederhanaan yang bukan diraih untuk perhatian manusia, tetapi untuk kebahagiaan diri.
Iman, dalam bahasa saya yang simpel ialah kepercayaan. Cuma beza kepercayaan ini ialah, kita rasa tenang dan yang paling penting ialah kepercayaan ini membawa kepada mengetahui hakikat diri yang sebenar. Baru kita kenal siapa diri kita. Baru kita kenal apakah kasih sayang yang sebenarnya yang paling hebat dalam hidup ini. Keimanan ini membawa kita mengenali siapakah sebenarnya yang mencipta segala-galanya yang terdapat dalam dunia ini, mahu pun apa-apa sahaja.
Melalui kepercayaan ini, kita baru sedar tanggungjawab kita yang sebenarnya di atas muka bumi ini sebagai khalifahNya..
Apa pun saya masih terlalu sedikit ilmu untuk bercakap tentang keesaan Allah dan tahap keimanan yang mendalam maksudnya. Baik dari segi istilah dan bahasa dan seumpamanya. Saya cuma faham berdasarkan apa yang saya alami, perasaan yang telah saya lalui dan selami yang baru sedikit ni. Perasaan ni banyak membantu saya untuk menjadi orang yang positif.
Rahsianya. Zikir. Ya, zikir adalah penyembuh kepada segala penyakit rohani dan jiwa. Penyembuh kepada penyakit saya jua.. :)
Dan, saya juga faham bahawa untuk memahami agama, kita perlu mempunyai dan mempelajari ilmu dari guru yang mursyid. Kita tak boleh mendalami agama seorang diri dengan hanya berpandukan pembacaan melalui buku dan di internet. Kita kena berguru. :)
Jadi! Haha. Saya memang nak blog saya jadi blog dakwah sebab inilah sebahagian pelaburan saya untuk ke akhirat. Kita ini miskin sebenarnya, jadi usahakanlah sesuatu agar setiap usaha dan tindakan ataupun harta kita yang tak seberapa tu menjadi bekalan atau sesuatu yang bermanfaat untuk kehidupan kita sebenarnya di akhirat nanti.
Baiklah, dah nak pukul 4 pagi dah. Mudahan bermanfaat penulisan tak formal saya ni dan juga untuk penulisan yang seterusnya. Amin. Moga Allah merahmati sesiapa sahaja yang membaca blog saya dengan cahaya hidayahNya dan rahmatNya dapat bersama-sama bertemu di syurga Allah. Ini doa tau.
Comments
Post a Comment