Tiada Yang Mudah

Dah hampir beberapa bulan menimba pengalaman dalam dunia kewangan di sebuah institusi kewangan yang agak bagus+banyak benefits untuk masyarakat dekat Malaysia nih. Banyak jugak pengetahuan tentang ilmu kewangan terutama kewangan Islam yang melibatkan pembiayaan perumahan, kad kredit, pembiayaan pelaburan ASB, wasiat, kenalan-kenalan dalam kalangan bankers, dan yang penting pengalaman dalam dunia perbankan diperoleh walaupun masih belum banyak seperti pegawai-pegawai yang telah lama berkhidmat. 

Menelusuri arus perkembangan dunia kini yang melakukan perbankan setiap hari, institusi kewangan juga tidak terlepas dalam kehidupan seharian umat Islam. Malah umat Islam amat memerlukan institusi ini untuk keperluan mereka terutamanya rumah. Harga rumah yang tinggi, sememangnya tidak mampu dimiliki dengan bayaran gaji yang diperoleh apatah lagi dengan gaji bawah RM3500.00. Maka pembiayaan untuk membeli rumah amat memerlukan sistem perbankan bagi menyelesaikan keperluan masyarakat. Bagi masyarakat Islam, sistem kewangan haruslah bergerak seiring dengan syara' oleh kerana sistem kewangan sebelum ini yang mengamalkan interest rate ataupun riba. Riba diharamkan di dalam Islam berdasarkan hadis Nabi...(okey tak ingat, dan panjangnya nak elaborate rasa, hehe)

Niat tulis nak santai-santai sahaja, hehe. 

Menulis ni sebahagian daripada menghilangkan rasa stress, dan mengisi masa yang lapang, serta muhasabah diri. Kalau tak muhasabah diri, jiwa ni rasa kosong, dan mulalah melakukan aktiviti yang tidak sihat seperti tidur yang banyak. Dan jugak makan yang banyak, kemudian menyebabkan gemok, dan penyakit pun datang. 


Walaupun kerja di bank ni agak penat, balik kerja waktu malam, masuk awal pagi, hujung minggu masuk ofis jugak..namun pengalaman tu membantu untuk meningkatkan prestasi diri. Ni namanya positif. Kena positif untuk sukses dalam hal yang kita dah terlibat. 

Apa yang pahit harus diingati sebagai pembelajaran untuk terus maju ke depan, benar tiada yang mudah atau jalan pintas untuk mencapai impian. Walaupun kedengaran tidak realistik, namun harus tahu cara, merendah diri dalam menuntut ilmu, dan tidak berputus asa, dan bijak buat keputusan. Dan semua ini mengambil masa yang bersesuaian dengan tahap individu itu sendiri. Mengambil masa untuk memahami makna-makna ini semua, tak mengapa kalau kita pernah buat silap, belajar dari perkara tersbut dan terus bergerak ke hadapan. Pedulikan tanggapan yang negatif, kerana kita sendiri yang kena bina keyakinan itu sendiri, tiada siapa yang akan bantu. Dan beserta dengan keyakinan kepada Allah, berdoa dan tawakkal, betulkan niat pada diri sendiri. Berdoa yang terbaik, dan selalu memohon pertolongan dari Allah. In sya Allah.. yang pahit akan jadi manis akhirnya. 

Mendoakan diri sendiri, yang masih bertatih dalam menuntut ilmu dalam bidang akademik dan juga pekerjaan serta bidang keusahawanan. Mudah-mudahan banyak kebaikan boleh diberikan sebagai bekalan..

Adiba Rose, (saja tukar nama komersial baru, kot dapat ilham lagi baik punya)
28 May 2017.
Ummi Adibah Abu Hanifah. 



Comments

Popular posts from this blog

Saya Kembali Huhu

Perjuangan Yang Panjang