Perjuangan Yang Panjang
Bismillahirrahmanirrahim.
Thus, 23 Jun 2016
18 Ramadhan 1437
Usia yang meningkat menandakan bahawa makin pendek juga waktu yang ada untuk berbakti. Berbakti kepada diri sendiri merupakan keutamaan yang Allah berikan kepada semua manusia. Kerana setiap manusia dipenuhi dengan tanggungjawab sebagai khalifah tanpa mengira jantina lelaki atau perempuan sesuai dengan keupayaan masing-masing.
Tanggungjawab sebagai guru juga bukanlah terhad hanya di sekolah sahaja, dan bukan hanya dilakukan oleh mereka yang bergelar guru sahaja. Bahkan setiap manusia.
Dunia merupakan penjara buat orang-orang mukmin. Perlu ditempuh dengan kesabaran dan perlu memohon pertolongan dari Allah dengan bersungguh-sungguh dalam memudahkan urusan dunia dan akhirat, kerana manusia itu lemah.
Dan penghijrahan adalah satu proses yang panjang, atau istilah yang lebih sesuai istiqomah adalah suatu perjuangan yang memakan masa.
Allah hadirkan kegagalan demi kegagalan, untuk menyedarkan diri, menurunkan ego, mengenali diri dan sentiasa kembali kepadaNya. Mendekati orang-orang yang alim untuk mencariNya, dan sabar dalam menuntut ilmu.
Dan percintaan.
Ya cinta. Mungkin aku yang tertipu dengan cinta yang bersifat sementara.
Tiba-tiba rasa tersentuh dalam satu skrip drama 'Aku Ada Wali' yang berbunyi begini,"ketaqwaan itu tidak dinilai kerana jantinanya, tetapi kualiti yang dijaga untuk dipersembahkan kepada cinta yang Teragung" Sama ada lelaki atau wanita, kita sama. Yang membezakan adalah kuantiti dari segi ibadatnya, wanita terbatas kerana memiliki waktu keuzuran yang tertentu.
Perjalananku masih panjang, terlalu banyak perkara yang perlu pelajari dan perbaiki untuk kehidupan akhirat yang abadi, moga Allah hadiahkan aku rahmatNya, cintaNya, kasih sayangNya, petunjukNya, dan yang penting ketaqwaan dan cinta yang tak berbelah bahagi untukNya.

Comments
Post a Comment