Kapsul-kapsul "Motivasi Bisnes" Daripada Rasululllah SAW


"Barangsiapa yang di waktu petangnya merasakan keletihan kerana bekerja, berkarya dengan tangannya sendiri, maka di waktu petang itulah dosanya diampun"

HR Tharbani dan Baihaqi.


"Barangsiapa yang menjadikan dunia ini sebagai satu-satunya tujuan akhir(yang utama), nescaya Allah akan menyibukkan dia dengan (urusan dunia itu) dan Allah akan membuatnya miskin seketika dan tercatit (ditakdirkan) merana di dunia ini. Tetapi barangsiapa yang menjadikan akhirat sebagai tujuan akhirnya, Allah akan mengumpulkan teman-teman untuknya dan Allah akan membuat hatinya kaya dan dunia akan takluk dan menyerah padanya"

HR Ibn Majah dan Tarmidzi



Dari Abu Hurairah RA Nabi SAW bersabda: "Berdua lebih baik daripada sendiri. Bertiga lebih baik daripada berdua. Berempat lebih baik daripada bertiga. Hendaklah kamu sekalian berjemaah kerana sesungguhnya tangan Allah bersama dengan jemaah."

HR Ibn 'Asakir.


Dari Anas bin Malik, Nabi SAW bersabda : "Lakukanlah sesuatu dengan mudah dan jangan membuat kesulitan. Berikan kesenangan kepada masyarakat dan jangan datangkan kebencian."

HR Bukhari.


"Demi Allah yang jiwaku ditanganNya. Tidaklah Allah menetapkan sesuatu ketetapan bagi seseorang Mukmin melainkan hal itu baik baginya dan yang demikian itu hanya bagi seorang mukmin."

HR Muslim dan Ahmad.


Rasulullah melalui orang-orang yang menimbun barang. Kemudian menyuruh para penimbunnya itu ke tengah-tengah pasar dan tempat yang dapat dilihat dengan mata. Kemudian seorang sahabat berkata kepada baginda, " Alangkah baiknya Tuan ( Rasulullah) mahu menetapkan harga sebelah." Namun Baginda marah sehingga tanda kemarahnya terlihat di wajahnya lalu baginda bersabda :
"Apakah aku harus menetapkan harga sebelah mereka? Harga barang adalah terserah Allah. Dia menaikkannya atau menurunkannya dengan kehendaknya."

HR Muslim
                  

Rasulullah bersabda, " Apabila amanat disia-siakan, maka tunggulah kehancurannya. Seorang sahabat bertanya, "Bagaimana ya Rasulullah cara mensiakan amanat?" Baginda menjawab, " Apabila diserahkan sesuatu perniagaan bukan pada ahlinya, maka tunggulah kehancurannya" 

HR Bukhari.


Bersambung.



Penulisan ini dirujuk melalui buku Rahsia Bisnes Rasulullah, oleh Prof. Dr Loade M Kamaluddin. Pakar Ekonomi Antarabangsa Dan CEO Syarikat Global Eco Rescue Ltd. 2009. Terbitan Alam Raya Enterprise.
Dicatat oleh Ummi Adibah,
10 Rejab 1436/29 April 2015/ 5.13 p.m.

Comments

Popular posts from this blog

Saya Kembali Huhu

Perjuangan Yang Panjang

Tiada Yang Mudah