Bismillahirrahmanirrahim... Alhamdulillah..lama betul tak menulis. Baru tahu saya ada 'writing addicted'. Ni gara-gara tesis lah! Haha, salahkan tesis pulak ye.. Setahun jugaklah tak menulis.. Setahun jugaklah saya merantau mencari dan membina kekuatan diri. Banyak betul saya lost. Huhu. Dalam setahun tu jugak, dan tahun-tahun sebelum tu. Tapi yang pasti start tahun lepas, saya bersyukur dengan apa yang telah menimpa saya. :) Walaupun perit untuk diterima dan pahit untuk ditelan. Perkara pertama ialah, apa kebaikan yang saya dapat dan kemudian saya berikan kebaikan tersebut untuk kebaikan orang lain pula. Ya, hidup dengan memberi membuatkan kita lebih bahagia. Namun yang paling penting ialah saya mendapat pengajaran tentang iman. Iman. Jujurnya, saya masih jahil untuk bercakap tentang iman. Tetapi iman lah segala-galanya bagi seorang mukmin. Iman amat penting bagi orang mukmin untuk dia survive dalam kehidupan. Tanpa iman, akhlak kita buruk, ha...
Bismillahirrahmanirrahim. Thus, 23 Jun 2016 18 Ramadhan 1437 Usia yang meningkat menandakan bahawa makin pendek juga waktu yang ada untuk berbakti. Berbakti kepada diri sendiri merupakan keutamaan yang Allah berikan kepada semua manusia. Kerana setiap manusia dipenuhi dengan tanggungjawab sebagai khalifah tanpa mengira jantina lelaki atau perempuan sesuai dengan keupayaan masing-masing. Tanggungjawab sebagai guru juga bukanlah terhad hanya di sekolah sahaja, dan bukan hanya dilakukan oleh mereka yang bergelar guru sahaja. Bahkan setiap manusia. Dunia merupakan penjara buat orang-orang mukmin. Perlu ditempuh dengan kesabaran dan perlu memohon pertolongan dari Allah dengan bersungguh-sungguh dalam memudahkan urusan dunia dan akhirat, kerana manusia itu lemah. Dan penghijrahan adalah satu proses yang panjang, atau istilah yang lebih sesuai istiqomah adalah suatu perjuangan yang memakan masa. Allah hadirkan kegagalan demi kegagalan, untuk menyedarkan diri, menurunkan ego, meng...
Dah hampir beberapa bulan menimba pengalaman dalam dunia kewangan di sebuah institusi kewangan yang agak bagus+banyak benefits untuk masyarakat dekat Malaysia nih. Banyak jugak pengetahuan tentang ilmu kewangan terutama kewangan Islam yang melibatkan pembiayaan perumahan, kad kredit, pembiayaan pelaburan ASB, wasiat, kenalan-kenalan dalam kalangan bankers, dan yang penting pengalaman dalam dunia perbankan diperoleh walaupun masih belum banyak seperti pegawai-pegawai yang telah lama berkhidmat. Menelusuri arus perkembangan dunia kini yang melakukan perbankan setiap hari, institusi kewangan juga tidak terlepas dalam kehidupan seharian umat Islam. Malah umat Islam amat memerlukan institusi ini untuk keperluan mereka terutamanya rumah. Harga rumah yang tinggi, sememangnya tidak mampu dimiliki dengan bayaran gaji yang diperoleh apatah lagi dengan gaji bawah RM3500.00. Maka pembiayaan untuk membeli rumah amat memerlukan sistem perbankan bagi menyelesaikan keperluan masyarakat. Bagi...
Comments
Post a Comment