Kesantaian dan merenggut waktu.

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah di pagi jumaat 1 Mei 2015/ 12 Rejab 1436. 
Saya berada di rumah usrah di Tanjung Malim, menuntut ilmu. 
Terus menuntut ilmu, biar apa pun yang sedang dilakukan. 

Waktu yang ada inilah sajalah yang mampu untuk mencatat sedikit penulisan dan mencari idea-idea, rujukan dan juga ilmu yang mungkin berguna untuk diri sendiri dan juga orang lain mungkin. 

Dan di waktu inilah jua kesempatan untuk merapatkan silaturrahim akhawat di Tanjung Malim. 

Agak santai, namun tetap merenggut waktu. 

Di dalam blog, sebagai blogger, penulisan saya agak formal. 
(Boleh je nak buat giler-giler sikit, hihi)

Tapi..
Bila fikir-fikir balik, apa yang kita tulis terutamanya di blog atau apa-apa sajalah yang mampu ditulis dan kemudian dibaca oleh pembaca. Pasti akan ada kesan terhadap pembacanya. Jadi, baik saya tulis yang mampu membawa kebaikan.

Kadang tu bila baca buku yang berkaitan dengan apa yang saya sedang pelajari kini, iaitu Keusahawanan Islam memang rasa macam nak tulis banyak saja dekat blog ini. Rasa macam semua nak tulis apa yang dibaca sebab banyak sangat ilmu yang berguna dari para ilmuan kita yang sangat tuntas pemikirannya tentang ummat. 

Selain belajar untuk menjadi kaya, semangat yang diberi melalui penulisan mereka mendekatkan rasa kehambaan untuk Allah. Betapa ilmu Allah itu luas.

Baiklah, dalam-dalam itu. Sebenarnya, antara kesukaan saya datang rumah usrah adalah hubungan silaturrahim yang terjalin.
Dalam mencari hidayah itu, adanya ujian bersabarlah! Kemanisan menunggumu.

Memang tetap akan ada ujian apabila kita mencari hidayah dan petunjuk. Tetapi itulah pembelajaran yang akan menegur kita untuk jadi lebih baik dari semasa ke semasa di sisi Allah. Tak mengapa kalau selalu ditegur di dalam sesuatu kumpulan usrah, kerana teguran itu akan membuatkan kita lebih baik. Percayalah dan yakinlah. Mencari hidayah itu penuh dengan dugaan, kerana hidayah juga boleh hilang begitu sahaja andai kita mula buat haluan sendiri kerana berpegang teguh dengan prinsip hidup yang kemungkinan terlahir dari persepsi yang diset dengan mind-set bukan petunjuk wahyu? 

Pernah suatu ketika dahulu, ada seorang rakan usrah yang menegur kesilapan saya, yang kini saya nampak sangat kesannya terhadap diri saya, " Ummi, Ummi tak boleh hidup macam ni. Ummi nak mencari hidayah atas pendirian apa yang Ummi baca itu betul. Hidayah perlukan pentarbiahan. Pentarbiahan mesti dilakukan secara berjemaah, yakni berkumpulan. Iman ini ibarat biri-biri Ummi. Andai biri-biri membawa dirinya sahaja memakan rumput di padang tidak bersama kawan-kawannya, pastilah serigala begitu mudah untuk menerkamnya. Risiko belajar seorang diri itu lebih bahaya Ummi untuk iman kita."

Pada masa itu, jiwa saya, saya beranggapkan diri saya ini kematangan yang lambat menjengah jiwanya. Huhu. Macam biasa waktu itu, saya tetap berpegang teguh dengan pendirian saya. Tanpa saya sedar, prinsip saya sememangnya berbaur keduniaan semata-mata.

Akhirnya, perniagaan yang dijalankan mengalami defisit, namun mujur risiko dapat dikesan awal. Saya hubungi ibu saya dengan secepat mungkin menyatakan masalah yang kemungkinan dihadapi. Saya belajar susah selepas itu. Dari kesusahan tersebut, saya melihat banyak kebaikan yang pernah saya dapat sebelum ini dari ibu bapa saya yang saya lupakan atau bahasa yang sebetulnya mungkin tidak hiraukan tentang kesusahan mereka dalam berjuang untuk memastikan saya dan adik-adik yang lain mendapat kehidupan yang baik walaupun sederhana. Kesusahan itu mengajar saya untuk menghargai hubungan kekeluargaan antara ibu dan bapa saya, menerima mereka seadanya seperti mana mereka menerima saya seadanya. Belajar membetulkan kesilapan yang saya kira saya betul. 

Ya, saya memang jenis yang berpegang kepada prinsip seperti orang lain juga. Namun keburukannya adalah keras kepala macam apa lagi. Hehe. Dengan kesusahan itu saya belajar tolenrasi dalam sama-sama untuk menjayakan bidang perniagaan yang saya ceburi. Bidang perniagaan benar-benar melatih saya untuk belajar dari bawah, tidak memandang kepada kemewahan seseorang sebaliknya usaha orang itu. Belajar tepati waktu. Belajar berusaha menunaikan janji. Belajar menjadi jujur walaupun takut juga dengan kebenarannya. Dan yang paling penting berpuas hati dengan kemahiran yang saya belajar. Belajar mencintai kehidupan yang sederhana. Belajar untuk tidak suka mencari publisiti. Belajar untuk tidak 'high taste' dengan kenikmatan duniawi, tetapi sangat teliti dalam menjaga pengurusan ukhrawi diri sendiri. Teliti maksud saya disini ialah sabar. Sabar di dalam ketelitian menjaga diri. Tiada gunanya mempunyai impian yang hebat untuk ummat kalau diri sendiri masih belum melakukan perubahan. Ya, perubahan itu datangnya bermula dengan diri sendiri dahulu.


Dalam masa yang sama, saya juga diuji dengan perasaan cinta (maklumlah umur saya ini, dah macam sesuai sangat dah nak menikahnye, jangan salah faham. Hehe) yang saya anggapkan juga sebagai tiada persediaan. Hehe. Persediaan yang dimaksudkan ialah saya yang terlalu nak mengejar apa yang saya nak sehingga... saya tak melakukan apa yang sepatutnya kalau betul nak menikah. Bila kita jatuh cinta (memiliki perasaan cinta itu normal) yang pertama sekali ialah terus berdoa. Berdoa untuk orang itu. In sya Allah perasaan kita akan menentukan tingkah laku kita selepas itu sama ada rasa tenang atau sebaliknya. Jadi kesilapan saya yang terbesar ialah tidak meletakkan sandaran pada Allah apabila mula-mula jatuh cinta ketika itu. Sedih juga melepaskan sesuatu yang pada hemat kita seperti berharga. Tapi tiada guna kalau tidak elok di pandangan Allah... Dan saya mulakan langkah baru untuk hidup saya!

Jujurnya, saya memang banyak kali kecewa dalam percintaan. Dan kesimpulan yang saya dapat simpulkan ialah pengharapan pada Allah yang perlu diutamakan. Dan saya mula belajar untuk jatuh cinta yang berhasil dari ketenangan. Cinta itu ketenangan, bukan kebendaan. Bukan semata-mata nafsu. Tapi mahabbah dan mawaddah yang ada. Cinta itu tidak semestinya kesempurnaan, cukup sekadar apa yang ada, tetapi tidak boleh tiada apa-apa kerana kemiskinan boleh membawa kepada kekufuran dan kehinaan. Cinta itu tidak semestinya sama dalam banyak perkara, cukup sekadar bersefahaman dan bertolak ansur menerima perbezaan. 

Mungkin mood saya masih lagi dalam ala-ala 'touching gitu'. Jadi, sedikit serba tidak keruan menulis entri ini pada waktu ini. Macam masih terasa 'sakitnya tuh di sini'. Mungkin juga dengan pendirian saya menyebabkan saya juga mengambil masa untuk melupakan sesuatu yang pernah hadir dalam hati. Maksud saya seseorang yang pernah hadir. Bila datang rasa 'sakitnya tuh di sini', terapi saya yang pertama ialah memikirkan azab Allah yang lebih berat seksaannya tak setimpal dengan rasa kecewa yang 'sakitnya tuh di sini' itu. Kembali berdoa kepada cinta yang menenangkan jiwa. Moga hadirnya nanti penuh ketenangan dari Rabb yang Ya Wadud. 

Sekian, alhamdulillah. Pujian dan selamat buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan keluarga serta sahabat baginda.

Comments

Popular posts from this blog

Saya Kembali Huhu

Perjuangan Yang Panjang

Tiada Yang Mudah