OKB, Orang Kaya Bertakwa.
Petikan-petikan yang mampu membina semangat tatkira apa profesion pekerjaan!
PAHALA DALAM TIDUR
.... Kamu tahu apakah caranya kita boleh mendapat pahala dalam tidur? Ya... kamu tidur...tapi buku-buku kamu tidak tidur. Kalaupun kamu sedang tidur tetapi ada orang lain yang tidak tidur dan membaca buku-buku tulisan kamu... lalu dia mendapat manfaat... maka kamu pun akan mendapat pahala juga... atau pun kamu tidur...tapi kaset atau CD ceramah kamu dimainkan dan didengar orang...mereka akan dapat ilmu yang manfaat...sudah pasti kamu juga akan mendapat pahala.." Pak Kiai memberikan penerangan begitu jelas.JIHAD EKONOMI
"Semangat jihad yang membara itu seharusnya disalurkan ke dalam perniagaan atau perindustrian. Jadikannya sebagai jihad ekonomi. Jangan letupkan pasar raya dengan bom tetapi letupkan dengan produk keluaran kita yang laris. Seharusnya kita menyumbang ke arah kemakmuran dunia... bukan mencetus kekacauan dan huru hara. "
ISLAM SEBAGAI IKUTAN DUNIA
"Islam diwahyukan Allah ke muka bumi ini adalah sebagai agama yang membina..bukan meruntuh atau memusnahkan. Kita jangan mengebom tetapi sepatutnya membina. Kita jangan mengebom hotel. Sepatutnya kita membina hotel yang setaraf. Binalah pasar raya Islam dan hotel Islam supaya sistem Islam menjadi ikutan dunia."
TEMPIAS KEKAYAAN DARI YANG MAHA KAYA
"Mana mungkin kita menjadi miskin kalau mendekati dan mentaati Allah SWT yang Maha Kaya! Sedangkan seorang manusia yang menjadi kawan rapat kepada seorang yang kaya raya pun boleh hidup mewah kerana sedikit tempias kekayaan kawannya itu. Inikan pula seorang yang menjadi kekasih Allah yang Maha Kaya... tentulah lebih hebat lagi."
KEJAR AKHIRAT DAPAT DUNIA DAN AKHIRAT
"Sesungguhnya, jika kamu mengejar dunia, akhirat tidak akan menunggu kamu. Jika kamu mengejar akhirat, in sya Allah dunia tidak akan meninggalkan kamu."
DAHULU SEBAGAI TUAN KEPADA EROPAH
"Umat Islam sekarang hina-dina. Walhal umat Islam dahulu mulia. Umat Islam sekarang mundur, walhal umat Islam dahulu pencetus ilmu an kemajuan dunia. Umat Islam kini menjadi hamba barat sedangkan umat Islam dahulu pernah jadi tuan kepada Eropah. Islam mengajar kita agar hari ini lebih baik daripada semalam. Tetapi apa yang berlaku ialah semalam lebih baik dari hari ini. Ini yang dinamakan pembangunan songsang. Setiap hari makin mundur ke belakang."
TETAP DENGAN PERJUANGAN
"Saya tetap meneruskan perjalanan saya. Setiap orang ada jalan perjuangannya sendiri. Jalan perjuangan saya ialah berniaga, berceramah dan menulis. Tiga bidang tersebut adalah 'platform' dan 'methode' perjuangan saya. Ada yang memilih platform politik atau jemaah Islam, platform seni musik, platform senilakon, platform seni lukis dan pelbagai lagi pekerjaan profesional yang lain. Pilihlah asalkan sah disisi undang-undang dan baik untuk masyarakat."
KAYA ITU SEBENARNYA
"Hakikat kekayaan sebenar ialah sampai kepada rasa iktiraf kita bahawa hanya Allah satu-satunya yang Kaya dan Maha Kaya. Sehingga kita hilang rasa kagun kepada Si Kaya- Si Kaya yang lain selain daripada Allah SWT. Sehingga kita merasa mual melihat gelagat orang-orang yang memperhambakan diri kepada kekayaan... tetapi lupa kepada pemilik sebenar kekayaan! "
" M A T I " adalah singkatan bagi Menutup buku Amalan, Taqwa dan Iman.
PETUNJUK HIDAYAH DAN BERGURU
"Kita mesti punya kekuatan dalaman (spiritual dan mental) dan ketenangan hati agar kita mendapat petunjuk dan aspirasi dari langit yang murni. Apabila pintu hati telah dimasuki hidayah Allah.. setiap sentuhan kita pasti menjadi. Bagi mencapai tahap kekuatan dalaman sedemikian kita kena berlatih (mutabaah amal). Inilah yang dipanggil latihan kerohanian. Ia sebenarnya ibarat satu satu riadhah. Adakan satu hari sekurang-kurangnya setengah jam untuk menyendiri. Lakukan tajalli dan takhalli. Bagi melakukan latihan kita mesti ada kaedah dan guru yang mursyid. Jadi, anda mesti belajar yakni berguru."
PERANAN DUNIAWI
1. Membawa kepada leka dan lalai
2. Menumbuhkan gelojoh, tamak, rakus dan haloba.
3. Sentiasa berebut dan berlumba.
4. Sentiasa tidak puas dengan apa yang ada.
5. Mencetus fitnah dan sengketa.
6. Kezaliman dan Penganiayaan.
7. Peperangan.
8. Persahabatan ada motif dan tujuan (ada udang di sebalik batu dan ada kepentingan)
9. Keretakan dan perpecahan rumah tangga.
10. Anak-anak yang boros dan ego.
11. Para pemimpinnya adalah ketua-ketua yang selalu dikerumuni oleh orang-orang yang hanya mahukan dunianya. Bila dia kehilangan kuasa semua pengikutnya akan lari kepada pemimpin baru.
PERANAN UKHRAWI
1. Sentiasa beringat dan insaf.
2. Tahu segalanya milik Allah. suka bersedekah.
3. Redha dengan rezeki Allah
4. Qanaah dan sentiasa bersyukur.
5. Menumbuhkan ukhwah dan silaturrahim.
6. Keadilan dan kesaksamaan.
7. Keamanan.
8. Persahabatan jujur dan ikhlas kerana Allah semata-mata.
9. Kerukunan dan kedamaian rumahtangga.
10. Anak- anak yang soleh dan solehah.
11. Pemimpin kerohanian adalah para guru dan orang alim yang boleh membimbing pengikutnya menuju keselamatan dunia dan akhirat. Pengikutnya tidak mengharapkan habuan duniawi sebaliknya mengharapkan keredhaan Ilahi.
Petikan ini diambil daripada buku OKB! Orang Kaya Bertaqwa. Dr. Rusly Abdullah Ph. D. 2006. Al- Ameen Serve Holdings.
![]() |
| muka hadapan buku beliau. |
Petikan ini diambil daripada buku OKB! Orang Kaya Bertaqwa. Dr. Rusly Abdullah Ph. D. 2006. Al- Ameen Serve Holdings.

Comments
Post a Comment